fbpx

Warga emas 75 tahun perkosa nenek 95 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua mangsa dimasukkan ke hospital kerana terkejut. - Suara.com

JAKARTA – Seorang lelaki warga emas di Indonesia didakwa memperkosa seorang nenek berusia 95 tahun sehingga mangsa perlu mendapatkan rawatan di hospital, lapor laman berita Tribunnews.

Kejadian yang berlaku di Bekasi, wilayah Jawa Barat itu menggemparkan penduduk setempat. Lelaki warga emas yang hanya dikenali sebagai M, 75, didakwa memperkosa nenek berinisial MH.

Kejadian itu disaksikan oleh anak saudara MH ketika dia menghantar makanan ke rumah mangsa.

Menurut anak saudara MH, dinding rumah mangsa diperbuat daripada kayu dan terdapat lubang kerana tidak semua bahagian ditutup sepenuhnya. 

Ketika dia menyaksikan kejadian itu, MH turut menjerit sehingga menarik perhatian penduduk setempat. 

Selain hidup bersendirian, ibu saudaranya yang berusia hampir satu abad itu sudah uzur.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Bekasi, Gogo Galesung mengesahkan kejadian itu. Unit itu bagaimanapun menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat kerana kedua-duanya sudah tua. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI