BARU-BARU ini, seorang anggota kumpulan Blackpink, Jennie hilang kestabilan dan terjatuh apabila tersadung semasa bersenam.
Setelah menjalani rawatan yang konsisten, kecederaan Jennie tidak begitu serius dan dia hanya perlu memakai plaster pada wajahnya.
Berita tersebut membuatkan netizen bimbang memikirkan keadaan idola mereka apabila melihat wajah Jennie dengan plaster di bawah matanya.
Mereka berasa risau kerana kecederaan tersebut nyaris mengena matanya.
Wajah berplaster Jennie turut menjadi perhatian dan tular dalam aplikasi TikTok.