PENYANYI Bunga Citra Lestari sekali lagi menjadi sorotan netizen selepas memuat naik sebuah video sedang berhibur di sebuah kelab malam.
Bunga atau lebih senang disapa BCL ini kelihatan bertenaga di samping beberapa kenalan lelaki yang juga pemuzik.
“Badai telah berlalu,” tulisnya pada kapsyen.
Segelintir netizen menganggap tindakan BCL berhibur di kelab malam dengan berpakaian seksi, kurang sesuai dengan statusnya sebagai balu dan ibu tunggal.
“Sudah rasa paling bagus, paling cantik kerana pakai baju begitu ya?”
“Sebenarnya kalau dia pakai baju tertutup dan tidak seksi begitu juga masih kelihatan cantik.
“Kasihan suaminya,” ujar beberapa netizen.