fbpx

Perak FC tersingkir dari saingan Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak FC, Muhammad Farris Izdiham (kiri) mengawal bola ke gawang gol Sri Pahang FC sambil diasak tiga pemain lawan di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Perak FC tersingkir dari saingan Piala FA 2023 apabila tumpas 2-1 kepada Sri Pahang FC di Stadium Perak sebentar tadi.

Jaringan penalti di minit akhir oleh Stefano Brundo membolehkan Pahang pulang ceria sekali gus layak ke pusingan kedua.

Sebaliknya tuan rumah hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana pemainnya bertindak ‘rakus’ hingga menyebabkan kekalahan itu.

Seperti ketika bertemu Kedah dalam perlawanan liga Super pada 26 Februari lalu, Perak terpaksa meneruskan baki 23 minit dengan 10 pemain apabila Muhammad Fadzil Idris diperintah keluar kerana mengutip kad kuning kedua.

Usaha Pahang akhirnya berjaya memadam kelebihan anak buah Datuk Lim Teong Kim pada perlawanan malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI