fbpx

Musa Hassan kongsi 5 ciri isteri derhaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musa

PETALING JAYA – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkongsi lima ciri-ciri isteri derhaka pada suami menerusi ciapannya di Twitter hari ini.

Katanya, salah satu ciri isteri derhaka adalah tidak mensyukuri kebaikan dilakukan suami dan suka menyakiti hati suami.

Lima ciri isteri derhaka yang dikongsikan di Twitter Musa hari ini.

“Ciri yang lain adalah melayani lelaki lain tanpa pengetahuan suami, keluar rumah tanpa izin suami dan meminta cerai dari suami,” ciapnya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai temasuklah mereka yang turut mendoakan perkara yang baik-baik sahaja buat bekas Ketua Polis Negara itu.

“Semoga dipermudahkan segala urusan kebaikan Tan Sri. InsyaAllah kita fikir positif sahaja, dan doakan kebaikan untuk semua. Harap semua janganlah simbah api lagi,” komen Kamaruddin.

“Sentiasa bersangka baik dengan suami dan isteri itu yang terbaik. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat serta lindungan Allah,” ciap pengguna yang lain pula.

Sehingga kini, ciapannya telah mendapat lebih 140,000 bacaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI