fbpx

Messi yakin PSG akan mara ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI yakin PSG melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara ekoran prestasi terbaik ketika ini selepas mereka mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Ligue 1. – AFP

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi percaya mereka mampu untuk melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara menjelang aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik menentang Bayern Munich di Allianz Arena awal pagi esok.

Selepas tewas 0-1 pada pertemuan pertama di laman sendiri, juara Liga Perancis itu dijangka turun dengan motivasi lebih tinggi dengan kehadiran Kylian Mbappe yang tidak beraksi dalam aksi terdahulu.

Messi melaungkan keyakinan skuad kendalian Christophe Galtier itu berada pada prestasi terbaik ketika ini selepas mereka mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan liga.

“Bagi saya, aksi timbal balik ini tepat pada masanya selepas mencatat tiga kemenangan sebelum ini. Saya tahu, dalam sebahagian besar musim ini, PSG gagal untuk menunjukkan permainan sebenar.

“Sekarang kami berada dalam keadaan terbaik untuk berkunjung ke Munich. Apa yang pasti, ia akan menjadi satu perlawanan sukar dan pemenang mungkin ditentukan menerusi perbezaan yang tidak terlalu ketara,” katanya.

Meskipun sedar ia tidak akan menjadi satu perlawanan mudah, namun pemain antarabangsa Argentina itu tetap menaruh sepenuh kepercayaan PSG akan layak ke suku akhir dalam usaha mereka memburu kejuaraan sulung Liga Juara-Juara.

“Banyak perubahan yang berlaku dalam pasukan, jadi saya yakin kami boleh mengubah keputusan tersebut. Semua pemain akan memberikan segala-galanya dengan tujuan melangkah ke pusingan seterusnya,” ujar Messi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI