fbpx

Kepala kanak-kanak sangkut jeriji ketika ambil mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan kanak-kanak yang tersepit jeriji besi itu di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor.

KUALA SELANGOR – Gara-gara mahu mengambil alat mainan, seorang kanak-kanak lelaki menanggung kesakitan selama 25 minit apabila kepalanya tersepit pada jeriji besi rumahnya di Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.

Kejadian pukul 1.20 tengah hari itu berlaku ketika mangsa berusia tiga tahun yang berada di ruang tamu dan mainan tersebut tercampak keluar.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 1.22 tengah hari.

“Pemeriksaan mendapati kepala mangsa masih tersepit pada jeriji tersebut. Anggota bomba merenggangkan besi tersebut bagi menyelamatkan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, operasi itu tamat pukul 2.30 petang. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada ibunya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI