fbpx

Jururawat, isteri didakwa curi barang kemas keluarga pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Fitri dan Sofia didakwa mencuri barang kemas bernilai RM12,000 di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Seorang jururawat lelaki dan isterinya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri barang kemas keluarga pesakitnya bernilai RM12,000, bulan lalu.

Tertuduh, Ahmad Fitri Abdul Nasir, 26, dan isterinya, Sofiah Abdul Rafiq, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara bersama-sama telah mencuri barang kemas berjumlah RM12,000 milik Kamisah Ali, 64, yang disimpan di dalam bilik tidur di tingkat bawah rumah di Vista Kirana, Ayer Keroh dalam daerah Melaka Tengah.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10 pagi pada 17 Februari lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya mesti dihukum penjara dan boleh dkenakan denda atau sebat.

Difahamkan, tertuduh lelaki merupakan jururawat yang digaji keluarga tersebut bagi menjaga suami kepada Kamisah.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan J. Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi setiap tertuduh.

Peguam Umar Zulkarnain yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu agar jumlah itu dikurangkan dengan alasan Sofiah merupakan suri rumah, manakala Ahmad Fitri hanya bekerja sebagai jururawat dan perlu menyara empat anak yang masih kecil.

Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, Mazana kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,500 bagi setiap tertuduh dan menetapkan tarikh 18 April depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI