fbpx

Isteri ketiga mengaku salah khianat kenderaan suami di rumah madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Fazira (kiri) didakwa melakukan khianat terhadap kenderaan suaminya di rumah madunya di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pengusaha kedai emas yang juga isteri ketiga seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat terhadap dua kenderaan milik suaminya di rumah madunya pada Ahad lalu.

Tertuduh, Siti Fazira Mohd. Sofian, 28, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz hingga pecah selain merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing milik suaminya.

Siti Fazira didakwa melakukan perbuatan khianat di rumah isteri kedua suaminya di Taman Gong Pauh, Chukai di sini pada pukul 2.15 petang, Ahad lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kosmo! semalam melaporkan, wanita tersebut bertindak menceroboh masuk kediaman madunya yang merupakan isteri kedua selepas berang suaminya tidak pulang ke rumahnya selama dua hari.

Kedua wanita bergelut sebelum jari kanan madu tertuduh yang berusia 34 tahun tercedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI