fbpx

Harga minyak masak tulen kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan dan pemain industri bersetuju mengekalkan harga minyak masak kelapa sawit tulen bermula hari ini sehingga 7 April depan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, langkah itu ialah komitmen kerajaan membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup serta menangani isu kenaikan harga bagi mengelakkan kesan kepada pengguna.

“Selain pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah, turut diteruskan adalah peranan kerajaan menerusi KPDN yang menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak tulen kemasan botol bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.4) 2023.

“Secara umumnya, terdapat sedikit kenaikan harga minyak sawit mentah untuk bulan Februari berbanding bulan sebelumnya.

“Bagaimanapun, berdasarkan rundingan diadakan sebelum ini, kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga minyak masak kelapa sawit tulen untuk tempoh 8 Mac hingga 7 April,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelas KPDN, harga runcit maksimum bagi tempoh tersebut adalah RM6.90 bagi kemasan botol satu kilogram (kg), RM13.30 (2 kg), RM19.60 (3 kg) dan RM30.90 bagi lima kilogram.

Katanya, mana-mana pihak yang didapati menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI