fbpx

‘Dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan langgar undang-undang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA – Tindakan UMNO yang tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti itu sebenarnya melanggar undang-undang, kata Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, perkara itu juga terbukti dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menggunakan kuasanya untuk menghalalkan tindakan parti itu.

Khairy Jamaluddin dalam satu video di laman sosialnya turut mempersoalkan keabsahan satu surat yang tular semalam mengenai keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berkait usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) supaya dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.

“Jadi apa maksudnya? Jika Menteri Dalam Negeri terpaksa menggunakan kuasa pengecualian dalam undang-undang, bermakna perkara yang dirujuk itu mestilah melanggar Akta Pertubuhan.

“Jika tidak, tidak perlu ada pengecualian daripada menteri. Menteri menggunakan kuasanya untuk mengecualikan tindakan tidak sah itu supaya ia boleh dihalalkan,” katanya.

Khairy Jamaluddin berkata, usul supaya dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan yang dibawa oleh UMNO bahagian Rembau dan diluluskan dengan undi majoriti dalam perhimpunan agung UMNO 2022 pada Januari lalu adalah melanggar Perlembagaan parti UMNO sendiri.

“Ini bermakna hak ahli UMNO dan perwakilan UMNO untuk memilih Presiden dan Timbalan Presiden mereka sendiri telah dirompak oleh usul palsu ini,” tambahnya.

Terdahulu, Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, KDN memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Beliau menjelaskan keputusan itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta 832 selepas kementeriannya meneliti mengenai ketetapan yang sudah dibuat oleh PAU 2022 daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 3 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI