fbpx

Calon SPM terpaksa tinggal di asrama kerana jalan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA pelajar yang menduduki peperiksaan SPM terpaksa melalui jalan alternatif untuk ke sekolah ekoran kerosakan jalan akibat mendapan tanah di Jaya Putra, Jerantut semalam.

JERANTUT – Impian kira-kira 10,000 penduduk untuk menggunakan jalan baharu bagi menggantikan jalan rosak akibat mendapan tanah sejak Januari lalu masih belum menjadi kenyataan selepas laluan itu gagal dibaiki sehingga kini.

Situasi itu mengakibatkan penduduk termasuk pekebun sawit dan getah terkandas akibat kerosakan laluan di Jalan Jerantut-Benta berdekatan Kampung Jaya Putra dekat sini.

Rata-rata penduduk melahirkan rasa kecewa kerana kejadian mendapan yang berlaku pada 24 Januari lalu itu menyebabkan la­luan berkenaan ditutup dan tidak dibaiki sehingga hari ini.

Paling terkesan ialah penduduk di Kampung Batu Balai, Kampung Damak, Kampung Ulu Cheka dan Kampung Jaya Putra yang mengalami kesukaran untuk berulang alik ke bandar Jerantut dan juga ke tempat kerja.

Ini kerana, laluan alternatif yang dibina melalui kebun sawit kerap ditenggelami air selain laluan sesak dengan pelbagai jenis kenderaan termasuk kenderaan berat.

Seorang penduduk Kampung Jaya Putra, Roslan Abu Talib, 64, berkata, laluan berkenaan wajar dibaiki segera memandangkan kemudahan itu penting bagi kegunaan penduduk dan pelajar sekolah menengah.

“Laluan ini perlu dibaiki segera sebelum sekolah dibuka pada pertengahan bulan ini selain memberi keselesaan kepada penduduk untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Antara yang terkesan adalah pengusaha pertanian dari Batu Balai dan Benta, Lipis untuk memunggah hasil ke bandar Jerantut, Kuantan dan bandar-bandar lain,” katanya ketika ditemui Kos­mo! di sini semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damak, Zulkifly Mahmud, 56, berkata, kerosakan laluan tersebut turut menyukarkan 10 pelajar dari

Kampung Batu Balai ke sekolah untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, pada masa ini calon SPM berkenaan terpaksa ditempatkan di asrama sekolah sehingga peperiksaan SPM tamat bagi memastikan mereka tidak ke­tinggalan mengambil peperiksaan berkenaan.

“Kita harap ada tindakan segera daripada pihak berwajib bagi mengatasi masalah ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI