fbpx

Banjir: Penduduk cemas hanya ingatkan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALAKRISHNAN (kiri) bersama isterinya, Kalaivani menunjukkan paras air banjir yang menenggelamkan rumahnya di Kampung Baru Chaah, Segamat minggu lalu.

SEGAMAT – “Saya hanya fikir mati ketika meredah arus deras.”

Itu cerita empat sekeluarga yang berdepan situasi cemas apabila rumah mereka di Kampung Baru Chaah, di sini ditenggelami banjir pada 1 Mac lalu.

M. Kalaivani, 46, berkata, ketika kejadian pada pukul 5.30 pagi itu, dia yang bangun daripada tidur menyedari paras air di dalam rumah setinggi lutut.

“Anak sulung saya kemudian­nya beritahu yang kawannya menelefon dan cakap air sudah naik di Pekan Chaah.

“Apabila pintu dibuka, rupa­nya sudah paras pinggang dan kami buat keputusan redah ke sekolah berhampiran sebab ada tingkat lebih tinggi,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Meskipun sekolah tersebut tidak jauh dari rumah, namun mereka mengalami kesukaran sebab arus yang deras sehinggakan anak bongsu yang berusia lapan tahun berkali-kali terjatuh, serta terpaksa memanjat pagar sekolah kerana pintu lain yang dibuka, terlalu jauh.

“Masa itu bantuan tiada sebab kami dengar pekan ni sudah macam pulau, tiada bantuan boleh masuk. Kami duduk di tingkat tiga sekolah dan berlapar sehingga pukul 8 malam itu, sehinggalah diberikan roti dan air mineral,” katanya.

Ibu empat orang anak itu berkata, dia telah tinggal di rumah tersebut sejak lahir, tidak pernah mengalami banjir yang sangat buruk sebelum ini.

“Sedih juga, banyak barang kami tidak dapat diselamatkan termasuk dua buah motosikal dan set perabot baharu yang dibeli sempena sambutan Deepavali lepas,” katanya.

Sementara itu, suaminya, K. Balakrishnan, 44, dia sebelum itu mengangkat dua anaknya yang masih kecil secara bergilir-gilir keluar dari rumah kerana arus yang deras.

“Saya juga ada nampak ramai orang yang duduk di atas bumbung sambil menantikan bantuan,” katanya.

Dalam banjir yang melanda pada Rabu minggu lalu, Pekan Chaah dan kawasan sekitar terputus hubungan dan menjadi seakan-akan pulau hingga menyukarkan pihak berkuasa menyelamatkan mangsa banjir.

Dua warga emas di Jalan Kongsai, Chaah, turut ditemui mati oleh pihak berkuasa selepas air surut, tiga hari lalu.

Sementara itu, tinjauan ­Kosmo! di Pekan Chaah dan kawasan sekitar menyaksikan banyak kenderaan masih tersadai akibat banjir.

Turut terkesan teruk ialah Klinik Kesihatan Chaah dengan ramai petugas kesihatan dan sukarelawan giat membersihkan peralatan bersalut lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI