BANGKOK – Seorang lelaki Thailand yang marah bertindak membakar keretanya di wilayah timur laut Udon Thani pada Ahad lalu, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Disebabkan perbuatan itu, kenderaannya mengalami masalah dengan sistem elektrik selain enjinya tidak dapat dihidupkan.
Pemilik kereta tersebut, Panya, 58, tidak dapat menghidupkan enjin kenderaannya apabila dia ingin meletakkan kereta di garaj. Lelaki berkenaan kemudian bertindak mengalihkannya ke sebuah lokasi yang kosong di tanahnya.
Dia kemudian membakar rumput di sekeliling kereta itu dan api segera merebak ke keretanya menyebabkan anggota bomba tiba di tempat kejadian di Jalan Ban Phue-Nam Som dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran.
Walaupun kereta dan rumput di sekitarnya musnah, api tidak merebak ke mana-mana harta benda lain manakala kos kerosakan kereta itu adalah sekitar 40,000 baht (RM5,165), lapor Channel 7.
Timbalan Ketua Balai Polis Ban Phue, Leftenan Kolonel Bamrung Naebchidchai berkata, adalah tidak menyalahi undang-undang untuk membakar harta milik sendiri dan api itu pula tidak merebak ke rumah jiran atau mengganggu jiran. – Agensi