fbpx

Warga MOF diseru angkat martabat kementerian – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Warga Kementerian Kewangan (MOF) diseru agar mengangkat martabat kementerian tersebut sekaligus menjadikan ia digeruni kerana memiliki tata kelola yang tegas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengingatkan warga kementerian itu agar tidak sesekali membenarkan sebarang usaha untuk memunggah kekayaan dengan cara menipu dan mengambil kesempatan daripada kontrak-kontrak kerajaan.

“Saya harap MOF muncul sebagai kementerian yang gagah dari segi tatakelola, kepintaran, kesungguhan, dan berkhidmat menjadi mercu tanda bukan sekadar memiliki bangunan yang besar dan berkomitmen.

“Ada yang kata ini arahan sikap budaya pimpinan, saya nak kata, kita mesti bawa mesej baharu perubahan bukan slogan atau konsep tapi dari segi kesungghuan memulakan sesuatu kerana perubahan itu bermula daripada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican di sini hari ini.

Perdana Menteri menegaskan, beliau turut tidak mahu sebarang perkara mengarut berlaku dalam kementerian itu dan ia perlu kembali menjalankan tugasnya dengan tegas dari segi perolehan, pengagihan peruntukan dan sebagainya.

“MOF perlu memantau prinsip kewangan yang lebih telus kerana ia merupakan satu misi besar kerajaan dalam memerangi segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

“Soal tata kelola kerajaan ini adalah perkara yang serius walaupun usaha itu diperleceh oleh pembangkang namun sekiranya tidak tegas maka sudah tentu negara akan gagal,” tegas beliau.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai penggulungan Belanjawan 2023 yang dijadualkan pada Khamis ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan gesaan atau cadangan daripada pihak pembangkang.

“Belanjawan 2023 tentunya tidak mungkin sempurna, namun kita akan dengar juga dari pihak pembangkang dan jika ada pandangan atau gesaan munasabah, kita boleh terima dan ubah suai sama ada tahun ini atau tahun hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI