fbpx

[VIDEO] Hadir sebutan kes cerai, Syamsul Yusof tenang, Puteri Sarah ‘happy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul dan Sarah semasa tiba di pekarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – “Assalamualaikum, lama kan tak dengar suara Syamsul Yusof?. Demikian sapaan pengarah sensasi itu kepada wakil media yang berada di pekarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mengenakan jaket gelap berkaca mata hitam dan lengkap bersongkok, Syamsul hadir untuk sebutan pertama kes perceraian difailkan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, pukul 9.05 pagi tadi.

Diiringi lima lelaki termasuk peguamnya, pengarah The Original Gangster itu tampak tenang ketika menuju ke dewan mahkamah.

Sementara itu, Puteri Sarah yang tiba setengah jam kemudian memaklumkan dia reda dengan keputusan mahkamah nanti.

“Saya reda, pasrah dan hari ini saya ‘happy’,” luahnya membalas pertanyaan media sebelum menyertai peguam dan keluarganya yang menunggu di lobi mahkamah dari awal.

Sebutan kes cerai pasangan terbabit berlangsung hari ini iaitu sehari sebelum ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul dengan alasan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri dengan suaminya kerana tiada persefahaman di antara mereka dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Puteri Sarah juga menyatakan tekanan dan gangguan daripada pihak ketiga serta hubungan sulit suami turut mendorongnya untuk memfailkan perceraian terbabit.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI