fbpx

United bikin penyokong Red Devils remuk redam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain United jelas kecewa selepas dibelasah 0-7 oleh Liverpool pada aksi EPL di Stadium Anfield awal pagi semalam.

LIVERPOOL – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag amat berang dengan sikap pemain-pemainnya ketika The Red Devils tewas 0-7 kepada Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi semalam.

Walaupun United menampilkan aksi lebih baik di separuh masa pertama, namun The Reds terlebih dahulu membuka tirai jaringan sebelum menambah enam lagi gol di separuh masa kedua.

Cody Gakpo, Darwin Nunez dan Mohamed Salah ­masing-masing meledak dua gol, manakala satu lagi gol ­dijaringkan Roberto Firmino, sekali gus merobek ego United yang masih dibuai kejayaan menjulang Piala Liga Inggeris (EFL).

“Kami bermain cukup baik di separuh masa pertama, cuma satu kesilapan sahaja membo­lehkan mereka menjaringkan gol. Kemudian, di separuh masa kedua, saya sudah tidak nampak United yang sebenar.

“Pemain-pemain gagal bermain sebagai satu pasukan dan ia sesuatu yang sangat tidak profesional. Sudah tentu saya sangat marah dengan kekalahan seperti ini kerana ia mengejutkan,” kata Ten Hag.

Pengendali dari Belanda itu juga menganggap kekalahan tersebut sebagai kesedaran kepada pemain-pemainnya yang masih ‘berbulan madu’ selepas mengharungi aksi konsisten sebelum ini termasuk menjulang Piala Liga Inggeris (EFL).

“Saya terkejut kerana saya langsung tidak nampak semangat melawan dalam diri pemain di separuh masa kedua. Kami perlu muhasabah diri dan kembali bangkit kerana kekalahan seperti ini tidak boleh diterima,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN