fbpx

Penduduk tangkap, makan pari raksasa dilindungi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario penduduk kampung mengerumuni seekor ikan pari gergasi di Kalimantan Selatan. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan penduduk di wilayah Kalimantan Selatan, Indonesia menemui seekor ikan pari gergasi di sungai, lapor portal berita Kompas.com.

“Laporan netizen: Khabarnya semalam penduduk Batulicin di daerah Tanbu menangkap ikan pari ganal,” tulis akaun Instagram @wargabanua yang memuat naik video tersebut.

Beberapa penduduk kelihatan bekerjasama mengangkut seekor ikan pari dari sungai ke jambatan kayu. Namun disebabkan saiznya yang terlalu besar, mereka terpaksa menggunakan tali.

Seorang penduduk kemudian menggunakan kapak untuk memotong ikan tersebut ketika dia dikerumuni orang ramai.

Ketua Kampung Batulicin memberitahu bahawa ikan pari tersebut ditangkap oleh seorang penduduk bernama Abdul Rasyid ketika menjaring udang di Laut Pagatan. Ikan itu didapati berukuran 2 hingga 3  meter. 

“Ikan pari itu segera dilapah  dan diagihkan kepada jiran-jiran. Berkongsi rezeki dan ada juga yang dijual,” kata Syaifullah yang merupakan anak kepada Rasyid.

Penyelidik daripada  Pusat Penyelidikan Oseanografi (PRO), Fahmi mendedahkan bahawa ikan pari Urogymnus polylepis itu adalah spesies yang dilindungi.

“Mesti dilepaskan. Jika ia sengaja dimakan, seseorang boleh dikenakan tindakan undang-undang,” kata Fahmi.

Mengenai penduduk yang menangkap dan melapah ikan itu, Fahmi berkata bahawa mereka berkemungkinan tidak memahami jenis ikan yang dilindungi. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI