PETALING JAYA – Selepas Menu Rahmah, pengguna media sosial meminta agar kerajaan memperkenalkan Menu Rahmeow bagi menampung perbelanjaan haiwan peliharaan mereka.
Menerusi ciapan oleh Idris Halba yang berunsur jenaka, dia menyebut nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil memuat naik gambar makanan-makanan haiwan.
“Salam @anwaribrahim. Mohon buat Menu Rahmeow untuk makanan kucing. Harga semakin naik, kucing pula taste T10,” ciapnya.
Sehingga kini ciapannya telah mendapat 3,396 perkongsian dan 3,797 tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, Kosmo! mendapati ramai yang terhibur dengan ciapan berkenaan disamping bersetuju agar makanan bintang peliharaan dapat ‘dirahmahkan’.
“Saya sokong. Makanan kucing sekarang mahal. Terpaksa tukar makanan kucing, tetapi semua murung terus,” ciap Gia.
“Saya pernah cadangkan satu bentuk pelepasan cukai “haiwan kesayangan”. Tidak dapat banyak sikit pun jadilah. Sekurang-kurangnya dapatlah manusia dan haiwan berkongsi rezeki,” komen John.
“Kita yang jual satu jenama popular ini pun rasa serba salah ingin umum yang harga naik,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE