fbpx

Nafas baharu lagu klasik Bollywood hangatkan konsert Sanam Band

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAMA kali datang ke Malaysia, Sanam Band memberi persembahan terbaik dan memuaskan pada konsert Sanam Live In Malaysia di Istana Budaya pada 3 Mac lalu.

PETALING JAYA – Sudah beberapa hari berlalu, namun penganjuran konsert band terkenal dari India, Sanam Band yang hadir ke negara ini sempena Sanam Live In Malaysia hujung minggu lalu masih meninggalkan memori yang sukar dilupakan.

Kedatangan band popular dianggotai empat ahli iaitu Sanam Puri, Samar Puri, Venky S dan Keshav Dhanraj itu dengan persembahan yang berlangsung di pentas berprestij Istana Budaya pada 3 Mac lalu diraikan dengan cukup meriah oleh peminat.

Mereka tampil mempesona dengan menyampaikan persembahan lagu-lagu klasik dan pop hit Bollywood klasik termasuk karya original mereka mencandu peminat pada malam yang cukup syahdu.

Konsert Sanam Live In Malaysia merupakan persembahan mega sulung band yang terkenal dengan nyanyian ‘cover’ lagu klasik Bollywood itu di negara ini.

Peminat melabelkan mereka penyanyi cover terbaik pada abad ini kerana memberikan persembahan lagu-lagu klasik kesukaan ramai yang disuntik nafas baharu.

Persembahan yang berlangsung selama hampir dua jam tempoh hari mengajak peminat menyanyi dan menari bersama menikmati lagu-lagu disampaikan Sanam Band.

SANAM Band berjaya menghimpunkan peminat dari pelbagai lapisan umur menerusi karya klasik yang diberi suntikan nafas baharu.

Selain peminat tempatan, terdapat juga penggemar kumpulan itu yang datang dari beberapa buah negara jiran.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata, pihaknya teruja menganjurkan konsert Bollywood pertama pada tahun ini dengan membawakan Sanam Band kepada peminat tempatan.

“Siapa sangka, lagu-lagu yang didengari ibu bapa kita ketika membesar boleh dinyanyikan semula dengan nafas baharu.

“Karya-karya tersebut tetap dapat diterima dengan baik oleh mereka termasuklah generasi kita. Saya terpukau melihat bagaimana muzik Sanam boleh menghimpunkan semua peminat dari segenap lapisan masyarakat,” ujarnya.

Sekadar info, Sanam Band yang ditubuhkan pada 2010 di Mumbai, India dianggotai Sanam selaku vokalis, Samar (gitaris utama/komposer), Venky (bass) dan Keshav (dram).

Pada 2016, mereka melakar sejarah apabila memasuki senarai 10 terbaik pemilik saluran YouTube bebas, artis terbesar di India dalam platform digital serta saluran YouTube paling cepat berkembang di negara berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI