fbpx

Muay Thai sukan menyihatkan, paling pentingkan hormat jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muay Thai bukan hanya terhad kepada penglibatan dalam kejohanan, malah ia juga sebenarnya sudah pun menjadi amalan gaya hidup yang sihat.

SAMA seperti sukan-sukan lain, seni mempertahankan diri seperti Muay Thai dan tinju mempunyai kelebihan tertentu, khususnya dari sudut kesihatan.

Muay Thai yang juga dikenali sebagai art of 8 limbs misalnya, merupakan satu bentuk seni bela diri yang menggunakan lapan anggota badan seperti penumbuk, siku, lutut dan juga kaki, sekali gus menjadikan ia sukan yang menyihatkan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pengasas bersama gimnasium Discover Muay Thai, Imran Harith berkata, Muay Thai merupakan satu bentuk seni mempertahankan diri yang unik dan sesuai buat semua orang.

“Muay Thai satu seni bela diri yang bagi saya cukup unik kerana ia sesuai untuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.

“Antara kelebihan lain Muay Thai adalah ia boleh mengurangkan berat badan, membolehkan seseorang mempelajari seni mempertahankan diri, menambahkan keyakinan diri dan secara kesulurahannya memupuk gaya hidup yang sihat,” ujarnya.

IMRAN

Tambah Imran, Muay Thai bukan hanya terhad kepada penglibatan dalam kejohanan, malah ia juga sebenarnya sudah pun menjadi amalan gaya hidup yang sihat.

“Jika dilihat, kini, ramai yang menyertai dan mencuba Muay Thai dan menjadikannya sebagai satu gaya hidup atau pun hobi yang menyihatkan, termasuk wanita dan juga kanak-kanak,” katanya.

Kongsi Imran, di Discover Muay Thai di negara ini yang mempunyai tiga cawangan iaitu di Bukit Bintang, Puchong dan Setia Alam, pelatih paling muda berusia enam tahun, manakala pelatih paling tua berusia 65 tahun.

Jelasnya lagi, mereka yang berminat menyertai Muay Thai juga tidak perlu mempunyai kemahiran tertentu, cukup jika mereka boleh menghormati jurulatih memandangkan khidmat mereka amat diperlukan bagi melahirkan atlet Muay Thai profesional dan berbakat besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI