fbpx

MHL: THT hampiri kejuaraan, belasah UiTM 10-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain THT puas membelasah UiTM 10-0 pada aksi MHL di Stadium Hoki MBKT, Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Juara bertahan Liga Hoki Malaysia (MHL), Pasukan Hoki Terengganu (THT) semakin mengukuhkan kedudukan di tangga teratas dengan membelasah Universiti Teknologi Mara (UiTM) 10-0 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, sebentar tadi.

Pesta gol THT dimulakan Jang Jonghyun menerusi pukulan sudut penalti pada minit kelapan disusuli tindakan susulan Ismail Abu yang mengambil kesempatan situaso kelam-kabut di depan pintu gol lawan pada minit ke-13.

Jonghyun (m-25) kemudian menyudahkan pukulan sudut penalti sebelum Ismail turut menjaringkan gol kedua peribadi dengan menyambar hantaran Lukman Nul Hakim Shukaran pada minit ke-28.

Mendahului 4-0 sehingga tamat separuh masa, THT terus garang menyaksikan Akhimullah Anuar Esook melepaskan pukulan kencang pada minit ke-32 untuk gol kelima tuan rumah.

Penyokong THT makin ceria apabila kedudukan menjadi 7-0 dengan Jonghyun meledak gol ketiga dan keempat peribadi melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-44 dan ke-50.

Tidak lama sejurus itu, giliran penyerang prolifik, Faizal Saari menjadi penjaring selepas menyudahkan hantaran adiknya, Mohd. Fitri untuk menjadikan kedudukan lapan gol tanpa balas.

Pada minit ke-57, Faizal mempamerkan sentuhan berbisa dengan melakukan larian solo sebelum pukulan kencangnya menewaskan penjaga gol UiTM, Fitri Zulfadhli Shahar.

Bekas pemain remaja kebangsaan, Akhimullah melengkapkan kemenangan bergaya 10-0 menerusi jaringan padang seminit sebelum tamat sekaligus memastikan tiga mata mutlak menjadi milik THT.

Keputusan itu menyaksikan THT kini di landasan tepat mengekalkan kejuaraan liga mengumpul 34 mata dengan baki dua perlawanan menentang Nurinsafi Sporting dan TNB di laman sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI