fbpx

Mentua sanggup jadi saksi kes pukul, pencelah – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH maklumkan, ibu mentua sanggup jadi pencelah dan saksi tuntutan cerainya terhadap Syamsul.

KUALA LUMPUR – Susulan dakwaan nusyuz dan keluar rumah tanpa izin suami, pelakon Puteri Sarah mendedahkan mentuanya, Datin Patimah Ismail menawarkan diri menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama Syamsul Yusof.

Menurut Sarah, Patimah menghubunginya bagi menawarkan kesudian memandangkan dia lebih tahu kemelut yang berlaku sepanjang tempoh krisis.

“Pagi tadi mak mentua saya (Patimah) WhatsApp hubungi saya untuk mencelah dan ingin menjadi saksi apabila berhadapan dengan orang ketiga dan Syamsul,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Ketika ditanya reaksi apabila keputusan permohonan perceraian yang ditunggu-tunggu tidak menjadi kenyataan, pelakon itu hanya ketawa.

“Happy birthday to me (Selamat hari jadi untuk saya). Itu sahaja yang boleh saya cakap,” selorohnya.

Menerusi prosiding hari ini, Syamsul enggan melepaskan isterinya, dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Sebelum itu Puteri Sarah mengemukakan bukti baharu yang mendakwa pernah dipukul suaminya itu sekitar 2020, namun tidak membuat laporan polis kerana ketika itu masih sayangkan Syamsul.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI