fbpx

MCMC pertimbang tindakan kawal selia terhadap Awesome TV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mempertimbangkan tindakan kawal selia ke atas pihak Awesome Broadcasting Sdn. Bhd. (ABSB).

Suruhanjaya tersebut berkata, ia adalah susulan kemungkinan berlakunya pelanggaran Seksyen 36 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Sebarang operasi penyiaran oleh stesen televisyen haruslah mematuhi peraturan dan syarat-syarat lesen yang ditetapkan di dalam Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan CASP (I).

“MCMC memandang serius berhubung pematuhan pelesenan dan komited memastikan tahap pematuhan para pemegang Lesen CASP (I),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut MCMC, kegagalan untuk berbuat demikian adalah merupakan satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Terdahulu, MCMC pada 21 Februari lalu memaklumkan akan membuka satu kertas siasatan terhadap saluran televisyen tersebut susulan laporan berita yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.

Jelas suruhanjaya tersebut, kertas siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98) iaitu kegagalan mematuhi syarat lesen.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil juga sebelum ini memaklumkan saluran bahawa televisyen itu yang disiarkan di MYTV dan ASTRO, didapati menerbitkan kandungan berita yang melanggar peraturan sebanyak enam kali, termasuk fitnah terhadap kerajaan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua agensi media untuk menerbitkan kandungan secara bertanggungjawab dan beretika serta mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI