fbpx

Masjid, surau di Perak bebas buat solat tarawih 20 atau 8 rakaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Semua masjid dan surau di Perak diberi kebebasan untuk mengadakan solat sunat tarawih sebanyak 20 atau lapan rakaat satu malam, sepanjang Ramadan tahun ini.

Hanya Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar dan Masjid Sultan Idris Shah II atau Masjid Negeri di Ipoh, yang dikehendaki mengadakan solat sunat tersebut sebanyak 20 rakaat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, pihaknya menyerahkan kepada budi bicara serta ketetapan dipilih oleh jawatankuasa kariah masjid dan surau untuk menentukan bilangan rakaat tarawih yang mahu dibuat di masjid atau surau masing-masing.

Menurutnya, keputusan itu terkandung dalam Garis Panduan Pelaksanaan Program Ibadah di Bulan Ramadan 1444 Hijrah dan diberitahu kepada jawatankuasa kariah masjid dan surau yang berdaftar dengan JAIPk, menerusi surat pekeliling bertarikh 6 Mac dan diberikan kepada media hari ini.

“Solat tarawih hendaklah didahulukan (tiada tazkirah) selepas solat sunat ba’diyah Isyak. Jika mahu mengadakan tazkirah, hendaklah dibuat selepas selesai solat tarawih,” katanya.

Menurutnya, imam tempatan hendaklah diberi keutamaan bagi mengimamkan solat sunat tersebut manakala imam jemputan luar kariah yang telah mendapat kebenaran bertulis Pengarah JAIPk, dibenarkan menjadi imam maksimum tujuh malam sahaja sepanjang Ramadan.

Jelasnya, begitu juga imam jemputan luar negara perlu mendapat kebenaran bertulis Pengarah JAIPk, sebelum dibenarkan menjadi imam solat tarawih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI