fbpx

Kerajaan perlu pastikan bekalan asas di PPS mencukupi – Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN IBRAHIM berkenan melawat mangsa di beberapa PPS yang dibuka akibat banjir yang melanda negeri ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan perlu memastikan bekalan keperluan rakyat khususnya buat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sentiasa mencukupi dan tidak berlakunya kekurangan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar pihak berkuasa serta jabatan dan agensi berkaitan memastikan bekalan keperluan mangsa banjir sentiasa mencukupi demi kesejahteraan ribuan mangsa terlibat.

“Berikutan keadaan cuaca tidak menentu, saya mahu pihak berkuasa serta semua agensi terlibat sentiasa memastikan barangan keperluan mangsa-mangsa banjir sentiasa mencukupi di PPS.

“Pada masa sama, kepada semua pegawai dan anggota agensi penguatkuasaan yang terlibat dalam operasi banjir sentiasa berhati-hati sewaktu menjalankan tugas anda,” titah baginda selepas berkenan menziarah dan menyantuni mangsa banjir di beberapa PPS di sekitar daerah Batu Pahat, hari ini.

Dalam lawatan tersebut, baginda turut menyampaikan sumbangan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Malaysia Retail Chain Association (MRCA) serta meluangkan masa beramah mesra dan memberikan kata-kata semangat serta meninjau persekitaran PPS.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI