AKTRES jelita Sushmita Sen berkongsi detik cemas apabila mengalami serangan jantung buat pertama kali apabila sekitar 95 peratus saluran pembuluh darahnya tersumbat.
Mengakui bagai diberi peluang kedua, bekas Miss Universe pertama India itu sempat berkongsi tip kepada peminat bahawa latihan dan senaman antara faktor yang mengurangkan impak serangan.
Dalam tempoh beberapa hari selepas menjalani prosedur pemasangan angioplasti iaitu membuka atau meluaskan bukaan salur darah arteri yang tersumbat, Sushmita kini kembali sihat.
Menerusi Instagram, Sushmita, 47, berterima kasih kepada doktor serta petugas di Hospital Nanavati Mumbai yang merawatnya selain tidak menghebahkan keadaan kesihatannya kepada media.