fbpx

Jesus makin hampir beraksi untuk Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS sudah semakin hampir untuk sertai rakan-rakan sepasukan bagi mengharungi baki kempen EPL musim ini. – AFP

LONDON – Kemunculan Gabriel Jesus bersama pasukan ketika sesi ‘menyejukkan badan’ selepas kemenangan ke atas Bournemouth memberi baya­ngan penyerang itu berada di fasa akhir untuk kembali memperkuatkan pasukan.

Selepas tersisih daripada pa­su­kan sejak sebelum Piala Dunia, kini pengurus The Gunners, Mikel Arteta juga mengakui bintang Brazil itu sudah semakin hampir menyertai rakan lain mengharungi baki kempen musim ini.

Bagaimanapun, dengan pres­tasi semasa pasukan ketika ini, Arteta tidak begitu risau dengan kualiti pemain di jentera sera­ngan kerana masih memiliki beberapa lagi tonggak yang mampu mengisi tempat Jesus.

“Kami memiliki alternatif lain, Emile Smith Rowe boleh bermain di posisi itu, malah Reiss Nelson mampu dialihkan untuk pikul tugasan itu. Namun, kami menilai setiap pasukan lawan kerana ia pasti akan berbeza.

“Sekarang kami akan menentang Sporting Lisbon, satu perlawanan yang sukar dan kami harap kami mampu mendapatkan seorang dua lagi pemain untuk mengharungi perlawanan sukar ini,” katanya.

Jumaat ini The Gunners bakal berkunjung ke Lisbon untuk berdepan Sporting Lisbon pada aksi 16 terbaik Liga Europa di­ikuti perlawanan menentang Fulham di Craven Cottage.

Seterusnya, Arsenal akan bermain tiga perlawanan di tempat sendiri untuk aksi ulangan de­ngan Sporting Lisbon diikuti Crystal Palace, Leeds United sebelum berkunjung ke Anfield bagi harungi tugas getir menentang Liverpool.

“Untuk menang empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut bukan tugas senang. Kami sudah melakukannya dengan pelbagai cara dan sepatutnya ia mampu menambah keyakinan kami,” kata ­Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI