fbpx

Gol yang sangat istimewa – Mohamed Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH menjaringkan gol kedua peribadi pada aksi menentang United di Anfield awal pagi semalam.

LIVERPOOL – Mohamed Salah memahat nama sebagai penja­ring terbanyak Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meledak dua gol ketika membantu pasukan itu membelasah Manchester Uni­ted 7-0 di Anfield awal pagi semalam.

Hasil dua gol yang dijaringkan pada perlawanan tersebut, Salah kini sudah menjaringkan 129 gol dalam saingan Liga Perdana dan memintas kedudukan legenda The Reds, Robbie Fowler yang meledak 128 gol.

Pemain antarabangsa Mesir itu menjelaskan, dia meletakkan sasaran untuk memecahkan rekod tersebut sejak pertama kali menjejakkan kaki di Anfield selepas berhijrah dari AS Roma pada 2017.

“Ia (rekod) sesuatu yang sangat istimewa. Secara jujur, rekod ini sentiasa berlegar di fikiran saya sejak menyertai Liverpool. Dapat memecahkannya ketika menentang United menjadikan ia lebih istimewa.

“Sudah tentu saya akan raikan kejayaan ini bersama keluarga sebelum tidur. Gol kedua hari ini (semalam) lebih istimewa walaupun ia bukan jaringan hebat ke­rana menjadikan saya penjaring terbanyak Liverpool dalam Liga Perdana,” katanya.

Dalam pada itu, Salah juga percaya mereka masih memiliki peluang untuk menamatkan saingan musim ini dalam kelompok empat teratas kerana hanya dibezakan tiga mata dengan Tottenham Hotspur.

“Kemenangan hari ini (semalam) sangat menakjubkan tetapi saya tidak mahu kami turun ke perlawanan seterusnya terlampau yakin. Kami perlu merendah diri dan bermain seperti biasa bagi mencapai sasaran ke kelompok empat teratas,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI