fbpx

Dewan Rakyat: Segera jelas wang royalti petroleum Kelantan – MP PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin.

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan tindakan kerajaan untuk menyemak pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu dan Kelantan yang sedang dibuat ketika ini.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, lebih memeningkan apabila sebahagian daripada pembayaran itu akan diambil oleh kerajaan atas alasan untuk program membasmi kemiskinan.

Ketetapan yang dibuat kerajaan bercanggah dengan pendirian pemimpin kerajaan hari ini yang bersetuju supaya royalti minyak diberikan kepada negeri pengeluar minyak pada 2013.

“Saya masih ingat Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 mengatakan negeri-negeri ini layak menerima bukan lima peratus tetapi 20 peratus daripada hasil pengeluaran minyak.

“Tetapi tiba-tiba pada hari ini, orang yang sama, pemimpin yang sama, apabila memimpin kerajaan seolah-olah hendak menghapuskan pembayaran lima peratus itu,” katanya dalam sidang media Ahli Parlimen PN di Lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, keputusan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membayar 20 peratus royalti, malah mengganggu lima peratus royalti sedia ada kononnya untuk mengkaji semula.

Sementara itu Takiyuddin mempersoalkan ketetapan PH dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang diadakan pada 7 Jun 2018, untuk memansuhkan program wang ihsan.

Katanya, sehingga kini keputusan tersebut tidak lagi dibatalkan dan mengikat kerajaan untuk membuat pembayaran wang ihsan kepada kerajaan Kelantan.

“Atas dasar itu, kami bersama kerajaan Kelantan dan Terengganu menuntut supaya Kerajaan Pusat menjelaskan tuntutan bayaran tunai petroleum secara terus kepada kerajaan Kelantan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI