fbpx

Dewan Rakyat: Peruntukan kepada pembangkang bermula dengan rundingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau tidak mahu berlaku zalim dan tidak adil berhubung isu peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang, namun proses tersebut harus bermula dengan rundingan.

Tambah Ahli Parlimen Tambun itu lagi, beliau juga tidak pernah menyatakan tiada peruntukan yang tersedia untuk Ahli Parlimen dari blok pembangkang.

“Sepanjang Pagoh (Tan Sri Muhyidin Yassin) menjadi perdana menteri, kita (ahli Parlimen pembangkang) tidak dapat peruntukan. Maknanya dulu Pagoh tidak adil. Kalau ikut Marang (Tan Sri Abdul Hadi Awang) ia zalim.

“Apa yang berlaku ketika Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) Perdana Menteri, kita mula dengan rundingan,” katanya ketika sesi Pertanyaa-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang ingin tahu berkenaan peruntukan yang sepatutnya kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Terdahulu, Shahidan sebelum ini telah melahirkan rasa kecewa beliau terhadap Belanjawan 2023 kerana tiada peruntukan diberikan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI