fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan pertimbang wujudkan Pasar Raya Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menimbangkan cadangan bagi mewujudkan pasar raya yang menjual barangan mampu milik selepas melihat jualan Rahmah yang diperkenalkan kerajaan mendapat sambutan menggalakkan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) mempunyai pasar raya seumpama itu yang memberi banyak manfaat kepada golongan memerlukan.

“Kenapa kita tidak cuba mewujudkan pasar raya yang mampu milik. Kadang-kadang barangan ini, yang mahal adalah jenama tapi kualitinya tetap sama. Pelanggan dan keuntungannya juga amat memberangsangkan untuk kita turut serta.

“Saya akan adakan lagi libat urus. Kita ramai bilionair dalam negara dan mengapa tidak mereka melabur dalam pasar raya ini yang dilihat dapat memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang ingin tahu mengenai sama ada kerajaan akan meneruskan program Jualan Rahmah yang memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan memerlukan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI