fbpx

Bapa bercinta, larikan isteri anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa dan isteri Pawan melarikan diri dengan meninggalkan anak mereka yang berusia enam bulan. – GDN Online

NEW DELHI – Seorang lelaki di India membuat laporan polis kerana mendakwa bapa kandungnya sendiri telah melarikan diri bersama isterinya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pawan Vairagi dari negeri Rajasthan menuduh bapanya, Ramesh Vairagi jatuh cinta dengan isterinya lalu menggoda wanita itu untuk berlaku curang.

Menurut Pawan, dia sering bekerja jauh daripada  keluarganya dan ini memberi peluang kepada Ramesh untuk menghabiskan banyak masa dengan isterinya.

Pasangan itu baru-baru ini melarikan diri dan meninggalkan anak Pawan yang berusia enam bulan.

Selepas mendapat tahu perkara itu, Pawan membuat laporan polis di daerah Bundi dengan menuduh bapanya merampas isterinya serta mencuri basikal milik lelaki itu yang digunakan oleh pasangan  tersebut untuk melarikan diri.

Ketika disoal pihak media, Pawan mengesahkan dia telah memfailkan laporan polis terhadap Ramesh namun, isterinya dianggap tidak bersalah.

Polis berkata, pihaknya  kini melancarkan siasatan bagi mengesan pasangan tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI