fbpx

Amelia Henderson sangat bencikan perkataan ‘janda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMELIA HENDERSON

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara jelita, Amelia Henderson membuat pengakuan terbuka tentang kebenciannya terhadap perkataan janda yang dijadikan label kepada mana-mana wanita yang sudah bercerai. 

Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson memaklumkan, perkataan tersebut disifatkannnya kedengaran sangat biadab. 

“Saya sangat benci penggunaan perkataan janda sangat-sangat. Boleh kita kurangkan label melibatkan status hubungan kita pada tahun 2023?

“Saya seorang pelakon, model, pengacara, penerbit dan penari dengan pengalaman kerjaya selama 27 tahun. 

“Perkataan janda adalah perkataan paling biadab dan sangat tidak menarik untuk melabel siapa diri saya sebenarnya,” kongsinya menerusi satu ciapan dalam Twitter. 

Dalam pada itu, pelakon filem Pulau itu menegaskan, bertemu jodoh atau diberi rezeki berkahwin bukanlah satu ‘pencapaian’ dalam kehidupan. 

“Perkahwinan adalah satu perkara yang indah tapi, itu bukan satu pencapaian. 

“Mana-mana wanita yang memilih untuk tidak berkahwin atau ada pengalaman perkahwinan yang gagal, sama sahaja seperti wanita atau orang lain yang belum bertemu jodoh (berkahwin).

“Jangan sesekali biarkan masyarakat meletakkan tekanan kepada diri kita sekiranya kita belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga,” ciapnya lagi. 

Sekadar info, Amelia pernah mendirikan rumah tangga dengan figura penting negara, Tunku Datuk Harrunnarrassheed Putra yang merupakan anak kepada  anak kepada Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tunku Tan Sri Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna pada 14 Ogos 2015. 

Namun demikian, Amelia mengaku sudah bercerai pada tahun 2018 dan perkahwinannya tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI