fbpx

Alice jadi model pakaian dalam Vivien

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN ALICE

SETELAH 66 tahun beroperasi, buat pertama kalinya jenama pakaian dalam wanita terkenal Korea Selatan, Vivien membuat keputusan menggunakan khidmat selebriti sebagai model.

Selebriti yang terpilih adalah Vivien ialah kumpulan Alice yang menjadi duta kempen.

Alice akan muncul dalam konsep gambar yang sesuai dengan slogan jenama iaitu It’s My Fit selama dua tahun akan datang.

Slogan tersebut juga digunakan secara aktif oleh syarikat untuk menyokong keyakinan wanita sejak 2016.

Kumpulan yang mempunyai tujuh orang ahli itu dipilih menjadi model Vivien berdasarkan imej mereka yang sangat berkeyakinan.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivien, Song Young-seob pula menyifatkn pemilihan Alice menepati kriteria mereka.

“Kami amat menantikan kesan sinergi yang diciptakan Alice dan imej syarikat, terutama berkaitan pembinaan keyakinan diri golongan wanita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI