fbpx

Aiskrim cengkerik manisan masa hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Micolin menunjukkan aiskrim cengkerik yang dijual di kedainya. – Twitter

ROTTENBURG, JERMAN – Sebuah kedai manisan di Rottenburg, Jerman memperkenalkan aiskrim berperisa cengkerik yang turut meletakkan serangga itu sebagai ‘topping’, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Pemilik kafe Eiscafé Rino, Thomas Micolin menghasilkan aiskrim tersebut dan memuat naik gambarnya di laman Instagram.

“Kami dibanjiri dengan  kritikan, pujian dan kejutan, malah ramai yang ingin tahu mengenai perisa baharu aiskrim kedai kami,” katanya dalam hantaran tersebut.

Tambah Micolin, dia bekerja keras sepanjang musim sejuk lalu untuk menghasilkan manisan tersebut dan memperkenalkannya tanpa rasa bimbang.

“Saya telah makan pelbagai benda termasuk yang pelik. Cengkerik adalah sesuatu yang saya selalu ingin cuba makan dalam bentuk aiskrim,” ujarnya.

Aiskrim tersebut dihasilkan menggunakan tepung diperbuat daripada cengkerik, krim berat, ekstrak vanila dan madu selain cengkerik kering diletakkan di bahagian atas sebagai topping.

Meskipun menerima kritikan, Micolin berkata, ramai dalam kalangan pelanggan yang berani mencuba perisa itu.

“Mereka yang berani mencuba aiskrim tersebut amat entusiastik. Ada pelanggan yang datang ke kedai setiap hari dan membeli aiskrim tersebut,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI