fbpx

YGMB santuni mangsa banjir Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminudin (kiri) menyerahkan sumbangan keperluan asas dan persekolahan bernilai RM20,000 kepada keluarga mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bali, Chaah.

SEGAMAT – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyumbang keperluan asas dan persekolahan bernilai RM20,000 kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bali, Chaah, di sini.

Pengerusinya, Aminudin Adam berkata, pihaknya mengambil inisiatif untuk memberi bantuan segera dengan menghantar sumbangan berbentuk barangan keperluan asas termasuk makanan kepada mangsa bah  di PPS tersebut.

“Ekoran banjir yang menimpa Johor, kami turut berasa terkesan apabila lebih 40,000 mangsa terlibat. Keutamaan misi ini untuk meringankan beban guru dan keluarga yang terlibat.

“Bantuan ini juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) YGMB dalam usaha memelihara kebajikan warga pendidik,” katanya ketika ditemui di SK Seri Bali, hari ini.

Bantuan bencana banjir itu disampaikan Aminudin kepada Menteri Pendidikan, Fahdlina Sidek untuk diserahkan kepada keluarga terlibat dengan banjir yang dipindahkan ke PPS tersebut.

Antara barangan keperluan asas yang disumbangkan ialah tepung, gula, kopi, sardin, kicap, susu, biskut, lampin pakai buang bayi dan dewasa, tuala wanita, ubat gigi, minyak masak, sos tomato dan cili, alat tulis, beg sekolah, pakai sekolah dan kasut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI