fbpx

Senyuman manis ‘pelaris’ Han So-hee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAN SO-HEE

SEMAKIN laris disambar menjadi wajah produk dan jenama besar, karier aktres jelita Han So-hee kini benar-benar berada di puncak.

Baru-baru ini, dia sekali lagi diberi kepercayaan menjadi wajah untuk sebuah produk minuman soju seperti didedahkan oleh pengeluar minuman beralkohol terbesar di Korea Selatan iaitu Lotte Chilsung.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, alasan utama mengapa pihaknya memilih So-hee sebagai wajah pelaris kerana dia memiliki pesona yang cukup kuat.

“So-hee mempunyai senyuman manis dan imej menawan. Sesuai dengan identiti jenama kami.

“Kami memutuskan bahawa personaliti So-hee yang bersemangat dan sering berkomunikasi bersama peminat melalui Instagram bersesuaian dengan jenama kami,” katanya.

Syarikat tersebut juga mengharapkan imej pelakon My Name itu dapat menarik perhatian pencinta soju dengan konsep iklan baharu yang dikeluarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI