fbpx

Remaja dikenakan bon kelakuan baik rogol teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki mendapat peluang kedua apabila dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya yang juga kanak-kanak bawah umur, dua tahun lalu.

Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh yang merupakan buruh binaan berusia 19 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut mengenakan cagaran RM5,000 bersama penjamin selain pengawasan polis selama setahun sebaik selesai bon tersebut.

“Sekiranya langgar syarat serta buat kesalahan dalam tempoh tiga tahun ini, pendakwaan boleh dakwa kamu dan dijatuhi hukuman bawah kesalahan asal (rogol),” tegas Rasyihah dalam penghakimannya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh akan ditahan di Sekolah Henry Gurney (SHG) hingga berusia 21 tahun sekiranya gagal melaksanakan cagaran sehingga pukul 4 petang ini.

Selain itu, tertuduh juga diperintah untuk menjalani kaunseling selama tempoh penahanan dan diletakkan bawah pengawasan polis selama dua tahun sebaik habis penahanan SHG.

Tertuduh membayar cagaran RM5,000 tersebut.

Mengikut pertuduhan, remaja lelaki semasa kejadian berusia itu didakwa merogol seorang remaja perempuan berudia 14 tahun di sebuah rumah di Saujana Puchong, Puchong kira-kira pukul 10 malam pada Disember 2021.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh semasa kejadian berusia 18 tahun telah dihubungi teman wanitanya pada Oktober 2021 agar mengambilnya dari rumah susulan selepas bertengkar dengan ibunya dan mahu melarikan diri dari rumah. Bapa remaja perempuan itu kemudiannya membuat laporan polis.

Siasatan mendapati tertuduh telah membuat hubungan seks beberapa kali di rumah pekerja milik syarikat tertuduh bekerja di Batu 14, Puchong.

Pada bulan Mei tahun lalu, teman wanita memaklumkan telah hamil lima bulan sebelum dijaga ibu tertuduh termasuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik swasta sepanjang kehamilannya sebelum melahirkan bayi lelaki di Hospital Selayang pada 16 September tahun lalu.

Tertuduh kemudiannya ditangkap pada 19 September tahun lalu atas kesalahan merogol kanak-kanak perempuan selepas laporan dibuat pegawai perubatan Hospital Selayang.

Pada prosiding tersebut, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) cawangan Shah Alam, Nur Syuhada Ahmad Sayuti ketika membaca laporan sosial tertuduh memaklumkan tertuduh tinggal ibu dan bapa tiri selepas penceraian terdahulu ibunya pada 2016.

“Penama (tertuduh) berhenti sekolah semasa tingkatan tiga kerana tidak minat untuk meneruskan sesi persekolahan lagi. Selain itu, tidak pernah terlibat dalam dadah dan alkohol.

“Keluarga mangsa tidak mahu menerima remaja lelaki itu walaupun bersedia bertanggungjawab. Remaja lelaki tersebut juga memberikan wang bulanan secara rahsia untuk keperluan bayinya,” ujarnya.

Sementara itu, tertuduh yang tidak wakili peguam menyatakan kekesalan dan keinsafannya serta tidak akan mengulangi perbuatannya selain perlu menanggung ibu, bapa tirinya yang sakit dan anaknya dengan pendapatan RM70 sehari sebagai buruh binaan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya bagaimanapun menegaskan dalam kes seksual, hukuman paling sesuai adalah berbentuk pengajaran dan hukuman berbentuk pemulihan tidak sesuai sebab bertentangan dengan kepentingan awam. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI