fbpx

Razarudin lawat keluarga isteri anggota maut terkena tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (kanan) ketika bertemu dengan keluarga isteri anggota polis yang maut akibat terkena beberapa das tembakan, di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Perlis, petang tadi. - IHSAN PDRM

PETALING JAYA -Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menziarahi keluarga isteri anggota polis yang maut akibat terkena beberapa das tembakan, petang tadi.

Dalam lawatan tersebut, Razarudin menzahirkan rasa dukacita atas kemalangan jiwa yang berlaku dan memberikan sokongan moral serta menyampaikan sumbangan kebajikan kepada keluarga mangsa.

Lawatan itu diadakan bersama isteri beliau merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman di kediaman keluarga mangsa di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Perlis.

Semalam, media melaporkan isteri kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal meninggal dunia akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh suaminya di kediaman mereka.

Kes tersebut masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman tujuh hari sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI