fbpx

Prosiding tuduh warga Nepal bunuh, kerat rakan senegara ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga Nepal (depan) yang sepatutnya dituduh hari hari atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya. -Foto oleh MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI/KOSMO!

SHAH ALAM – Pertuduhan terhadap seorang lelaki warga Nepal yang membunuh dan mengerat rakan senegaranya sebelum dibuang dekat Lebuh Raya Utara Selatan di Rawang yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Majistret hari ini ditangguhkan kepada 7 April ini.

Majistret Sasha Diana Sabtu memutuskan demikian bagi tujuan pelantikan jurubahasa.

Ini selepas tertuduh berusia 20an tidak memahami pertuduhan yang dibacakan ke atasnya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Permohonan tarikh sebutan baharu itu dipohon Timbalan Pendakwa Raya, Erneetha Kaur Baghwant Singh.

Kosmo! pada 2 Mac lalu melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyatakan seramai 15 individu ditangkap yang masing-masing adalah 12 warga Nepal, Indonesia (2) dan seorang Filipina berusia 24 hingga 54 tahun.

Tangkapan itu susulan penemuan mayat seorang lelaki dipotong tujuh bahagian dengan anggota badannya disumbatkan ke dalam bagasi ditemui di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara.

Siasatan lanjut mendapati enam daripada suspek yang ditahan terlibat dalam kes tersebut. Kesemua suspek ini bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Dendam menjadi motif utama pembunuhan tersebut dengan mangsa pernah memukul dan membuli suspek kejadian itu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI