fbpx

Peruntukan kerajaan tetap sampai kepada rakyat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika melawat ruang pameran di Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena Hari Kraf kebangsaan 2023 hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peruntukan daripada kerajaan tetap sampai kepada rakyat meskipun tidak melalui Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya masih terbuka untuk sebarang perbincangan berkaitan peruntukan bagi Ahli Parlimen dan banjir.

“Peruntukan Parlimen, walaupun sebelum sampai kepada Ahli Parlimen, dia sampai ke bawah dan projek tidak berkurang. Ini tohmahan politik murahan sahaja. Jadi bincanglah dulu, dia tak bincang. Negeri dia tak bagi. Kalau dia zalim tidak bagi (peruntukan) untuk orang-orang di (Kerajaan negeri) macam mana. Kategori mana itu.

“Saya kata bincang dahulu, tiada masalah. Lagipun bukan tak bagi langsung, projek masih berjalan di kampung. Macam RM50 juta dia kata zalim tak bagi pada negeri kerana kita bagi pada mangsa banjir,” katanya ketika ditemui selepas melawat pameran Hari Kraf Kebangsaan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan yang dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, agar peruntukan untuk Ahli Parlimen segera diluluskan selain meminta peruntukan banjir dinaikkan daripada RM50 juta ke RM100 juta.

Mengulas berkaitan peruntukan banjir, Anwar berkata, sebanyak RM1 bilion sudah diperuntukkan bagi membantu dan mengatasi masalah banjir di Johor.

“Kita bagi dululah (RM50 juta) belanja. Lagipun kita (kerajaan) tiada kos dan kita bagi secara langsung kepada mangsa. Kita juga bagi dalam projek tebatan banjir agar disegerakan.

“Jadi, guna istilah zalim, adil dan guna al-Quran untuk ditunggangi oleh puak itu tidak boleh. Tengok macam di Johor, RM50 juta itu diberikan kepada yang memerlukan, tentu kita selaras dengan negeri tapi tidak kepada negeri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI