fbpx

Peniaga kecil sangat berharap Rumah Mesra Rakyat untuk berteduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORFAHANA (duduk belakang, kanan) dan suami bersama lima anak mereka di Rembau kelmarin.

REMBAU – Sepasang suami isteri, Mohammad Rozaimi Razali, 47, dan Norfahana Abu Bakar, 31, berharap agar ada pihak membantu mereka dalam urusan permohonan Rumah Mesra Rakyat.

Ujar Norfahana, mereka kini berhadapan masalah tempat tinggal selepas diminta keluar dari rumah yang diduduki, manakala, kediaman rumah sewa baharu pula memerlukan bayaran deposit RM1,800.

Mujurlah katanya, terdapat hamba Allah yang baik hati memberikan mereka tinggal buat sementara di kediaman separa papan dan batu di Kampung Tanjung Sena di sini tanpa bayaran.

“Kami bersyukur sangat, namun besarlah harapan agar pihak berkaitan dapat membantu kami mendapatkan tempat tinggal tetap memandangkan keluarga kami besar iaitu enam anak yang mana lima daripadanya masih bersekolah.

“Kalau nak sewa rumah lain, bayaran deposit menjadi masalah kerana kami tiada wang tunai sebanyak itu,” katanya ketika ditemui di Tanjung Sena di sini kelmarin.

Jelas Norfahana, ibunya yang menetap di Sepri mempunyai tanah dan ada pihak menyatakan kemungkinan boleh mendirikan sebuah kediaman di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ataupun Rumah Mesra Rakyat.

Menurutnya yang merupakan peniaga kuih cakoi, keuntungan berniaga sekitar RM800 sebulan, manakala anak-anak mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kami suami isteri berusaha mencari rezeki dan alhamdulilah, suami baru dapat kerja sebagai pengawal keselamatan.

“Apa yang kami harapkan adalah sebuah rumah PPRT atau Rumah Mesra Rakyat untuk didiami.

“Jadi kami harap ada pihak sudi membantu kami dalam hal ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI