fbpx

Pemilik kenderaan mewah halang laluan pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh pengguna tersebut di akaun Twitternya.

PETALING JAYA – Seorang pengguna berang laluan pejalan kaki dihalang oleh sebuah kenderaan mewah yang diletakkan secara haram di sekitar taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Menurut ciapan oleh @monkeydisease kelihatan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard tersebut diletakkan di atas lintasan laluan pejalan kaki sehingga menyebabkan pengguna terpaksa menggunakan laluan jalan raya.

“Kereta mewah nombor plate J*** tetapi tiada duit nak letakkan kereta di tempat parkir yang sepatutnya.

“Saya perlu lalu di jalan raya bersama anak yang berada dalam kereta sorong. Kalau saya bawa kerusi roda pula bagaimana?

“Saya harap kewangan mereka menjadi lebih baik supaya boleh meletak kereta dengan selesa di tempat letak kereta dan supaya pejalan kaki dapat kembali ke laluan mereka,” ciapnya.

Sehingga kini ciapannya telah mendapat 959 perkongsian dan 1,352 tanda suka.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai mengecam pemilik kenderaan terbabit yang menyusahkan pengguna laluan pejalan kaki.

“Mungkin orang kaya tidak letak kereta di parkir lot, sebab mereka mampu bayar saman,” komen Akmal.

“Sama macam kawasan kondominium saya. Mereka mampu beli rumah tetapi tidak mampu beli tempat letak kereta. Balik dari kerja mesti semuanya kereta import diletakkan di tepi jalan,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI