fbpx

Mahkamah: Penggal kepala bapa, pengganggur kekal dihukum mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang penganggur kekal dihukum mati oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini kerana membunuh bapanya dengan memenggal kepala serta mengerat badan mangsa kepada enam bahagian dengan menggunakan parang, lima tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said selepas menolak rayuan You Poh Khoon, 57, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

“Mahkamah mendapati sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi (Ipoh) adalah selamat, rayuan perayu ditolak. Perayu masih ada peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan,” kata Hakim Kamaludin.

Dua lagi panel yang turut bersidang ialah Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Azman Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Poh Khoon didakwa membunuh bapanya You Su Kim berumur 74 tahun (ketika kejadian) di sebuah rumah di Ipoh, Perak antara pukul 3 petang pada 8 Oktober hingga 10.30 pagi, 9 Oktober 2018.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Untuk rekod, pada 24 Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas perayu selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh bapanya.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki berkenaan membunuh bapanya dengan memenggal kepala dan mengerat badan mangsa kepada enam bahagian selepas berang ditegur ketika menghisap dadah di dalam rumah mereka.

Kepala warga emas itu kemudian ditanam di belakang rumah mereka, manakala bahagian badan pula dibuang ke lubang pembentungan sedalam 1.52 meter.

Dalam prosiding hari ini Poh Khoon diwakili peguam Amir Faliq Mohamad Jamil manakala pendakwaan selaku responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azmi Mashud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI