fbpx

Liga Super: Sabah FC ‘berpeluh’ jinakkan Kuching City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saddil Ramdani meraikan jaringan gol yang dilakukan ke atas Kuching City sebentar tadi. - Foto ihsan Sabah FC

PETALING JAYA – Pasukan Sabah FC berjaya mengekalkan rekod sempurna pada kempen Liga Super musim ini selepas menewaskan Kuching City pada saingan di Stadium Negeri, Sarawak sebetar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad The Rhinos yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain utama seperti Darren Lok, Saddil Ramdani dan Jailton Da Silba mengetuai jentera serangan.

Pasukan pelawat yang berjaya meraih dua kemenangan sebelum ini dilihat mendominasi saingan pada awal perlawanan tetapi gagal menembusi benteng pertahanan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu.

Gol yang dicari Sabah akhirnya tiba pada minit ke-24 hasil gerakan cantik yang berjaya disudahkan oleh Saddil selepas menerima umpana Darren.

Tersentak dengan gol tersebut, pasukan The Cats memperkemaskan jentera serangan dan melakukan asakan dalam usaha meraih gol penyamaan.

Serangan demi serangan yang dilakukan membuahkan hasil pada masa kecederaan babak pertama penyudah penyerang berbisa, Abu Kamara.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad Sabah tampil lebih garang dan tidak menunggu masa lama untuk kembali mendahului hasil ledakan pemain import dari Portugal, Telmo Ferreira pada minit ke-58.

Kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan terutama skuad tuan rumah yang mahu mengutip satu mata berharga tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut menyaksikan Sabah meraih sembilan mata maksimum selepas mengharungi tiga perlawanan manakala Kuching City kekal dengan tiga mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI