fbpx

Liga Super: JDT menang bergaya di Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN JDT meraikan kejayaan besar selepas mengalahkan NSFC, dalam Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, malam ini. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menang bergaya selepas menewaskan tuan rumah Negeri Sembilan FC (NSFC) malam ini.

Perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu berakhir dengan keputusan 7-0.

Gol pertama JDT dihasilkan melalui tandukan Fernando Martin Forestieri yang dihantar oleh yang dihantar Leandro Sebastian Velazquez melalui sepakan percuma pada minit ke-20.

Sepakan dari luar kota penalti penyerang JDT, Dioga Luis Santo membuahkan hasil gol kedua pasukan itu pada minit ke-40.

Tambahan masa separuh masa pertama tiga minit.

Gol ketiga JDT dijaringkan oleh Fernando Martin pada minit ke-48, manakala selang empat minit, pasukan tersebut berjaya menambah satu lagi jaringan hasil sepakan Arif Aiman Mohd Hanapi.

Pada minit ke-66, JDT menghasilkan gol kelima yang dihasilkan oleh Corbin Ong La Vere Lawrence.

Lima minit selepas itu,pemain JDT Endrick Dos Santos Parafita pula menghasilkan gol keenam.

Corbin Ong berjaya menjaringkan gol ketujuh pasukan Harimau Selatan pada minit ke-87.

Perlawanan tamat selepas tambahan masa empat minit.

Seramai 15,427 penonton hadir menyaksikan perlawanan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI