fbpx

Jangan biar warga asing rampas hak orang tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBANJIRAN warga asing di negara ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak. –GAMBAR HIASAN

Saudara pengarang,

Saya sebagai anak Malaysia menggesa kerajaan bertindak tegas serta mengawal kemasukan warga asing ke negara ini, kerana bimbang pada masa akan datang, jumlah mereka lebih ramai daripada rakyat tempatan.

Jangan sampai jumlah mereka sukar untuk dikawal, baru hendak bertindak.

Perkara ini menjadi satu desakan disebabkan segelintir warga asing sering menimbulkan ancaman keselamatan kepada warga tempatan apabila mereka dilihat berkelakuan samseng.

Saya sendiri pernah berdepan situasi cemas apabila didatangi dua orang warga asing di kawasan parkir sekitar Bukit Bintang minggu lalu, yang menawarkan khidmat mencuci lampu dan tayar kereta.

Apabila ditolak secara baik, mereka kemudian mendesak sehingga berani menghampiri saya dengan lebih dekat.

Mujur suara saya agak kuat sehingga menarik perhatian sebuah keluarga yang melalui kawasan parkir berkenaan.

Mereka terus menegur dua lelaki warga asing itu sebelum kedua-duanya beredar dari situ.
Selain itu, kehadiran warga asing yang terlalu ramai juga menjadi satu persaingan kepada orang tempatan dalam mendapatkan peluang pekerjaan.

Lebih separuh syarikat besar memilih menggajikan pekerja asing kerana ia lebih menguntungkan mereka sebagai majikan.

Jadi, di mana keadilan buat rakyat Malaysia yang kadangkala terpaksa ‘mengemis’ meminta kerja di negara sendiri?

Saya berharap, isu ini mendapat perhatian daripada pihak kerajaan agar nasib dan hak rakyat tempatan sendiri terbela, selain melindungi kami daripada ancaman keselamatan segelintir warga asing yang tidak bertanggungjawab.

Gadis Melayu
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI