fbpx

Gangguan bekalan kuasa jejas perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Operasi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya mengalami gangguan akibat masalah bekalan kuasa melibatkan lima stesen bawah tanah antara Stesen LRT Ampang Park dan Masjid Jamek.

Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, gangguan yang dilaporkan berlaku jam 7.50 malam tadi menyebabkan fasiliti seperti lif, eskalator dan lampu tidak dapat berfungsi di stesen-stesen terlibat.

“Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan rel alternatif di mana semua tren dari arah Putra Heights berpatah balik di Stesen LRT Pasar Seni, manakala tren dari arah Gombak berpatah balik di Stesen LRT Damai.

“Buat masa ini kerja-kerja mengenal pasti punca gangguan sedang giat dijalankan.

“Rapid Rail mohon maaf atas kesulitan. Pengumuman dari masa ke masa akan dibuat menerusi saluran media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI