fbpx

Foden kembali temui sentuhan ajaib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN meraikan jaringan pembukaan buat City ketika menewaskan Newcastle 2-0 pada aksi EPL di Stadium Etihad kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola merasakan Phil Foden sudah pun kembali menemui ‘sentuhan ajaib’ selepas menjadi pencetus kepada kejayaan 2-0 ke atas Newcastle United di Etihad, kelmarin.

Walaupun masih memiliki ramai pemain berkualiti, Guardiola akui beliau cukup merindukan kelincahan Foden yang begitu berani berdepan barisan pertahanan lawan.

“Phil mempunyai kualiti dan sentiasa memikirkan tentang jaringan. Namun, ketika saya bercakap dengannya awal tahun ini, dia jelas tidak ada keyakinan dan sering melakukan hantaran ke belakang.

“Saya jelaskan kepadanya semua itu adalah perkara normal dan situasi itu memang boleh berlaku kepada mana-mana pemain. Kami kehilangan aksi agresif daripadanya musim ini.

“Apa juga keadaannya ketika berdepan pertahanan lawan, dia sentiasa akan berjuang untuk melepasi kawalan seperti yang dilakukan pada perlawanan ini,” katanya.

Sejak pulang daripada tugasan di Piala Dunia, pemain berusia 22 tahun itu bergelut untuk mendapatkan aksi terbaik ekoran kecederaan buku lali, namun empat gol yang dihasilkan dalam tiga perlawanan terakhir membuktikan Foden kembali menyerlahkan bakat dimilikinya.

Sementara itu, Bernardo Silva yang meledak gol kedua City turut senada dengan Guardiola dan menyifatkan Foden sebagai individu tepat untuk menyelamatkan pa­sukan daripada situasi sukar.

“Phil seorang pemain yang bagus dan dia mampu menjaringkan gol untuk bantu pasukan raih kemenangan. Phil sudah melalui tempoh yang sukar ekoran kecederaan.

“Jadi sekarang sudah pasti saya gembira apabila dia kembali berada dalam pasukan dan berjaya selesaikan masalah pasukan,” kata Silva. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI